Latest Videos from YouTube

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-kafirun.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=xICgzWmhSV0endofvid



[starttext]


Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
  • Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
  • Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
  • Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
.
.
1.    Menyamai Seperempat Al-Qur’an
  • Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.)
  • Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).
  • Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.”  (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
  • Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.”  (HR. At Tirmizi)
 .
.
2.    Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
  • Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah.”
  • Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
  • Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)


[endtext]
 

Zikir Asmaul Husna

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/zikir-asmaul-husna.html[/postlink]


 [starttext]

Mukjizat Zikir-Zikir Asmaul Husna
Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu. Begitulah bait pepatah yang sering kita dengar.Barangkali sekarang, pepatah itu akan berbunyi ''KENALI ASMAUL HUSNA MAKA KAMU AKAN MENGENALI ALLAH''..

''Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.''
(Surah Al-'Araf : 180)

ALLAH Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa, berdoalah dengan Asmaul Husna akan segera dijabah (dikabulkan) kerana ketika seseorang menyebut Asmaul Husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik menembusi tujuh lapis langit sehingga ke tempat ijabah-NYA, ALLAH.

Rasulullah bersabda ,'' ALLAH mempunyai 99 nama seratus kurang satu. Sesiapa memahaminya akan masuk syurga.'' ( Sahih Bukhari, Sahih Muslim). Maksud perkataan memahami disini bukan hanya secara lisan namun juga diamalkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita.


1) Menghilangkan Tekanan dan Kemurungan
* Membiasakan diri berzikir Yaa Baasit.
* Berzikir Yaa Latiff sebanyak 129 kali.
* Berzikir Yaa Razzaaq  sebanyak 100 kali setelah menunaikan solat jumaat.
* Berzikir Yaa Naafi' sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Badii'us samaawaati wal ard (Wahai Pencipta langit dan bumi) sebanyak 1000 kali
* Berzikir Yaa Majiid sebanyak 100 kali.
* Berzikir Yaa Muqsit sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Waasi' sebanyak 170 kali.

2) Memohon kekuatan dalam hidup
* Berzikir Yaa Qawiyy sebanyak 116 kali setiap hari.
* Berzikir Yaa Waajid pada setiap suap makanannya,
* Berzikir Yaa Raafi' sebanyak 100 kali siang dan malam.
* Berzikir Yaa Hakiim sebanyak-banyaknya.

3) Mengawal Hawa Nafsu.
* Berzikir Yaa Mumiit secara terus-terusan.
* Berzikir Yaa 'Afuww sebanyak 166 kali sehari, akan mampu mengawal keinginan jahat hawa nafsu.
* Berzikir Yaa Khabiir sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Muhyi secara terus-terusan,akan dapat mengawal nafsu jahat dalam jiwa.

4) Diberi umur panjang.
* Berzikir Yaa Hayy secara terus-menerus.

5) Dikabulkan doa.
* Berzikir Yaa Khaafid sebanyak 500 kali.
* Berzikir Yaa Rasyiid sebanyak-banyaknya.
* Berzikir huwal awwalu wal aakhiru wazh zhaahiru wal baathinu wa huwa'ala kulli syai'in qadiir, maka semua hajatnya akan dipenuhi, insya ALLAH.
* Berzikir Yaa Muqsit sebanyak 700 kali untuk suatu tujuan tersebut akan tercapai.
* Berzikir Ya Maani' sebanyak-banyaknya, maka segala permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH dan ditolak-Nya kejahatan darinya.InsyaALLAH.
* Berzikir Yaa Badii' sebanyak 700,000 kali, maka hajatnya  akan dipenuhi dan diangkat kemudaratan darinya.
* Berzikir Yaa 'Aliyy setiap hari secara istiqamah maka akan ditinggikan darjatnya,dikurniakan kemakmuran dan semua hajatnya dipenuhi. Insya ALLAH.

6) Mengatasi Rintangan.
* Berzikir Yaa Waliyy sebanyak 700 kali pada malam jumaat.
* Berzikir Yaa Muqiit sebanyak 7 kali maka akan perolehi kekuatan untuk mengatasi berbagai kesukaran dan bahaya yang mungkin dihadapi semasa perjalanan,InsyaALLAH.

7) Memudahkan Sakaratul Maut.
* Berzikir Ya Waarith sebanyak 100 kali pada ketika matahari terbit.

8) Sukar mendengar atau meningati sesuatu.
* Berzikir Ya Muhsi sebanyak 148 kali.

9) Bersiakp/berfikiran kritikal.
* Berzikir Yaa Muhsi sebanyak 148 kali.

10) Memperolehi kedamaian.
* Berzikir Yaa Hayy sebanyak 500 kali setiap hari sebelum matahari terbit.

11)  Menghilangkan kebiasaan buruk.
* Berzikir Yaa Khabiir sekerap mungkin.

12) Menemui benda yang hilang.
 * Berzikir Yaa Raqiib sebanyak mungkin.

13) Mendoakan anak.
* Berzikir Ya Matiin pada anak perempuan atau anak lelaki sebanyak 10 kali, maka anak tersebut tidak akan derhaka.InsyaALLAH.

14) Memohon keberkatan.
* Berzikir Yaa Gahafuur sekerap mungkin, maka  ALLAH S.W.T akan memberikan keberkatan pada kekayaan dan keturunan.InsyaALLAH.

15) Memudahkan urusan
* Berzikir Yaa Fattaah sebanyak 70 kali.
* Berzikir Ya Muqtadir secara terus-menerus sebanyak 744 kali setelah bangun tidur.

16) Menyucikan zahir dan batin.
* Berzikir Yaa Muhaimin sebanyak 100 kali dengan menumpukan perhatian kepada ALLAH S.W.T.

17) Memperoleh anak yang soleh.
* Berzikir Yaa Mutakabbir sebanyak 10 kali sebelum bersama isteri.
* Berzikir Ya Naafi' sebelum berjimak, maka ALLAH akan mengurniakan anak.InsyaALLAH.
* Pasangan yang sukar memiliki keturunan hendaklah sekerap mungkin membaca ''Da (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi'' yang diambil dari AL-QURAN SURAH Al-Anbiya' ayat 89.

18) Memohon perlindungan ALLAH S.W.T
* Berzikir Yaa Raqiib sebanyak 7 kali setiap hari sehingga akan memperoleh perlindungan setiap ketika.
* Berzikir  Ya Qaabid sebanyak 903 kali.
* Berzikir Ya Baaqi sebanyak 1000 kali pada malam jumaat.
* Berzikir Ya Qawiyy sebanyak-banyaknya untuk menghentikan kezaliman seseorang. Selain itu, ALLAH akan memberikan perlindungan, InsyaALLAH.

19) Mendapatkan cahaya ALLAH S.W.T
* Berzikir Yaa Hakiim sebanyak 99 kali pada akhir  malam dalam keadaan berwudhu' dan menumpukan fikiran, insyaALLAH hati ini akan dipenuhi dengan cahaya.

20) Memohon Akhlak baik untuk diri sendiri.
* Berzikir Yaa Haqq sebanyak 1000 kali setiap hari, maka akhlak kita akan menjadi baik.
* Berzikir Yaa Matiin sebanyak 500 kali setiap hari, maka akan membantu lita menjadi orang yang lebih baik.
* Berzikir Ya Hamiid sebanyak 93 kali selama 45 hari dalam keadaan bersendirian,maka kebiasaan dan sifat-sifat yang buruk akan berubah menjadi baik, InsyaALLAH.

21) Memperindahkan kata-kata.
* Berzikir Ya Hamiid sebanyak 66 kali setelah solat subuh dan solat isyak, maka ALLAH akan memperindahkan kata-kata dan perbuatan kita.InsyaALLAH.

22) Menghilangkan mengantuk.
* Berzikir Alif laam miim Allaahu laa ilaaha illaa huwal Hayyul Qayyuum ( Alif Laam Miim, ALLAH tidak ada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Yang Ada dengan sendirinya. yang diambil ddari AL-QUR'AN Surah Al-Baqarah ayat 255, maka rasa mengantuk akan hilang.insyaALLAH.

23) Memiliki hati pemurah.
* Berzikir Ya Ra'uuf sebanyak 286 kali sehari akan memiliki hati yang penuh dengan kemurahan dan mengambil berat terhadap orang lain dan orang lain juga sebaliknya.Orang tersebut juga akan diberi jalan untuk menolong orang yang sedang memerlukan pertolongan.insyaALLAH  .

 24) Menghilangkan rasa cemas.
* Berzikir Yaa Zul Jalaali wal Ikraam  secara rutin, maka ALLAH akan menghindarkan rasa was-was darinya dan melindunginya dari kejahatan yang dihembuskan oleh syaitan.
*  Berzikir Yaa Nuur sebanyak 1000 kali dan membaca AL -QUR'AN Surah An-Nur sebanyak 7 kali, maka rasa cemas akan hilang dan hati akan menjadi tenang.

25) Khusyuk dalam solat.
* Berzikir Ya Muqsit sebanyak 239 kali berulang-ulang sebelum mula menunaikan solat.

26) Menghilangkan kesedihan.
* Berzikir Yaa Badii' sebanyak 1000 kali, maka ALLAH akan mengeluarkannya dari penderitaan tersebut.InsyaALLAH.

27) Agar amal diterima.
* Berzikir Yaa Muhsi sebanyak 100 kali sesudah solat isyak, maka segala amalnya akan diterima ALLAH. InsyaALLAH.

28) Inginkan taubat.
* Berzikir Yaa Tawwaab sebanyak 360 kali setiap hari setelah solat Dhuha.

29) Menghilangkan kebiasaan buruk.
* Berzikir Yaa Barr sebanyak 700 kali setiap hari, maka orang yang ketagih minuman keras, suka berzina atau perbuatan maksiat lainnya , akan mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T. InsyaALLAH.

30) memohon kebahagiaan.
* Berzikir Yaa Qayyuum sejak terbit sehingga naiknya matahari, maka akan memperolehi rasa gembira yang tidak terhingga..InsyaALLAH.


'' Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.'' (Surah An- Nahl : 53).


-------Wallahu a'lam.-------.... -


 [endtext]

Zikir - Hasbi Rabbi Jallallah Ma Fi Qalbi Ghayrullah

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/zikir-hasbi-rabbi-jallallah-ma-fi-qalbi.html[/postlink]

 [starttext]

Zikir - Hasbi Rabbi Jallallah Ma Fi Qalbi Ghayrullah

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah


Marilah kita biasakan berzikir dan memenuhi hati kita dengan kalimah Allah.Jangan biarkan hati kita tanpa Allah, itulah maksud lirik "mafi qalbi gairullah".
-------Wallahu a'lam.-------.... -


 [endtext]

Zikir - Astaghfirullah Rabbal Baraya

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/zikir-astaghfirullah-rabbal-baraya.html[/postlink]

 [starttext]

Zikir Astaghfirullah Rabbal Baraya (lirik dan audio)


Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya

Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha

Semoga zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya ini jadi panduan dan di amalkan, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.

-------Wallahu a'lam.-------.... -


 [endtext]

Zikir Ya Latif - Akhil Hayy

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/zikir-ya-latif-akhil-hayy.html[/postlink]


 [starttext]

Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi

Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buat apa kan ?
-Ya Latiff maksudnya Yang Maha Lemah Lembut/ Halus salah satu dari Nama Allah (asma'ul husna)..
-Ya Latiff ini juga merupakan zikir pelembut hati (melembutkan hati diri sendiri )
-Zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati-hati yang keras batu lagi ego.
- Mengamalkan Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Bagi hati-hati yang keras mulakan dengan kaifiat fatihah....terus zikir Ya Latif...tanpa mengira berapa pun.. Beri tumpuan lafaz zikir dan mata hati …  pasti berjujuran air mata memberikan kesan pada rohani kita yang dalam..

Kelebihan  Zikir Ya Latiff
Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah. kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.. Antaranya
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff  didalam hati
-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff
-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian...... -

 [endtext]

Kelebihan & Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad (S.A.W)

[postlink] http://tazkirah-4all.blogspot.com/2013/06/kelebihan-fadhilat-selawat-ke-atas-nabi.html[/postlink]


 [starttext]

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad….

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Wallahu’alam….

Rujukan:
– Al-Quran & Hadis
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w
– muftins.gov.my.... -

 [endtext]

.

.

Admin


Video Meraikan Lambaian Syawal 1436H - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2012. Vlog Himpunan Tazkirah Ummah - Blog video koleksi tazkirah ceramah agama utk muhasabah diri. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger